A. Samad Said: Telah Ranum Buah Falsafahnya

 

Oleh Kassim Muhamad.
Muat turun fail PDF.

Ketika berada dalam timbunan buku karya A. Samad Said dan bukubuku tentangnya, rasanya seperti tidak dapat berhenti memetik kata-katanya yang penuh hikmah itu:

‘…puisi ada bentuk dan suku katanya dan puisi yang baik akan menjadi kata-kata hikmat’ ialah di antara oleh-oleh pemberian Pak Samad Said kepada kami 20 orang peserta Hening Puisi Paksi 25- 28 Julai di Tanjong Sedeli, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Buah tangan itu kami perolehi semasa sasterawan penongkah arus, pendobrak zaman ini mengulas puisi-puisi kami dalam acara tersebut.

Dan dalam ucapan penerimaan anugerah Sasterawan Negara, Pak Samad antara lain berkata,

Bagi saya, menulis itu resah yang bahagia, duka yang indah.

Penyataan berikut ini seolah-olah menceritakan perjalanan hidupnya sendiri walaupun dia sedang berbicara tentang pelbagai karya (penulis) besar seperti Dr. Zhivago (Boris Pasternak), Senja di Jakarta (Mochtar Lubis) atau The Razor’s Edge (Somerset Maugham):

Hanya sesekali dalam hidup lahir seseorang seniman yang berbakat, yang merasakan setiap gerak nadi masyarakatnya, dan termampu merakamkannya secara penuh seni pula.

Dan dalam merakamkan tragedi bangsanya sendiri, dia mengungkapkan stanza lima baris berikut:

Dan sepimu kini nyaring semula
menjeritkan duka yang luar biasa:
Tiap pendosa terpahat nombornya,
dirimu mangsa, mereka pendera
yang bebila pun tidak kekal lena.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s