ASAS 50 Ranumkan Perjuangan Bangsa

Oleh A. Samad Said.
Muat turun fail PDF.

Falsafah hidup saya berpindah-pindah—dan saya memahami masyarakat melalui kesusasteraan. Perubahan awal terjadi di zaman ASAS 50 yang mendapat ilham perjuangannya dari Angkatan 45. Itulah perjuangan menuju kemerdekaan.

Perlu diingat sastera dimanfaatkan menjadi landas untuk kebajikan bangsa dan bukannya untuk dipergunakan. Sejarah telah menunjukkan pelbagai watak ASAS 50 yang sempat berikan sumbangan kecil dengan pelbagai idea ranumkan perjuangan bangsa. Dan saya sekadar berada di ekor perjuangan ASAS 50.

Satu kelompok sasterawan ASAS 50 di Kuala Lumpur bertelagah dengan sasterawan ASAS 50 iaitu Asraf di pihak Oxford University Press (OUP) berhubung isu royalti untuk kumpulan cerita pendek ‘Mekar dan Segar’. Ertinya sekelompok sasterawan berbalah dengan temannya sendiri dan asas perbalahan berkisar sekitar kebajikan sasterawan dan keuntungan organisasi.

Bagi saya sastera itu perlu kontekstual dan berupaya melayan naluri kita sendiri. Di samping itu kita juga perlu sedar sesungguhnya sastera itu alat gelora yang sangat besar yang tak dimanfaatkan. Akhir sekali kita amati bagaimana sekarang ini situasi ekonomi paling buruk dan kita juga dalam kegawatan kuasa—kuasa yang dengan bangganya meninggalkan hutang kepada anak cucu cicit kita.

Nota: Catatan bebas oleh Kassim Muhamad di Persidangan Meja Bulat anjuran IDE dan Paksi pada 4 Ogos 2015 di Hotel Carlton, Shah Alam, Selangor.

Baca selanjutnya:

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s