Falsafah Matematik, di Barat dan Timur

Oleh Mohammad Alinor Abdul Kadir.
Muat turun fail PDF.

Semenjak Eropah menguasai aspek Sains dan Teknologi mulai 1700M, dan mengembangkannya secara paksa di negara-negara jajahannya, seperti Malaya-Malaysia, Filipina dan Indonesia, dan mempengaruhi negara-negara lain seperti China dan Jepun untuk meninggalkan S&T masing-masing dan beralih kepada kepunyaan Eropah, makanya amatlah sukar kepada mana-mana penyelidik untuk melakukan perbandingan diantara S&T Tempatan (Timur) dengan S&T Eropah-Barat. Walaupun pengumpulan dilakukan, seperti di Jepun dan China, namun kualiti S&T Timur tersebut amatlah “rendah” berbanding S&T Eropah-Barat. Jika kita masih merasakan bahawa sesuatu yang amat bermakna kepada S&T tempatan tersebut, sebab kewujudannya adalah sebahagian daripada Kebudayaan Tempatan, makanya tentulah kita berfikir bagaimana mahu mengembangkannya. Seperti mana dirasakan bahawa Sistem Angka Melayu patut dikekalkan, malah kalau mampu diusahakan untuk bertanding dengan Sistem Angka Hindu-Arab yang dimanfaatkan oleh Eropah-Barat sekarang. Untuk hal ini kami ada mengeluarkan hipotesis bahawa “Hindu” itu sebenarnya bermaksud India Besar dan India Kecil. India Kecil adalah IndoCina dan Alam Melayu. Maka, sesuatu yang kami belum dapat buktikan, Sistem Angka Melayu adalah sebahagian daripada Sistem Angka Hindu-Arab terutamanya tentang sistem persepuluhan dan angka soun = kosong = 0. India menggelar 0 sebagai sunya (yang sunyi adalah juga perkataan Melayu) dan Arab menggelarnya sebagai sifr. Eropah mengambil sifr ini kemudiannya sebagai zero/ziffra/dll. Bagaimana boleh ditunjukkan bahawa al-Khwarizmi atau/dan alBiruni datang ke Alam Melayu dan mengambil Sistem Angka Melayu sekitar kurun ke-9/10M? Kami berpandangan bahawa, satu-satunya cara untuk melakukan Lompatan S&T-Budaya ini berbanding S&T Eropah-Barat adalah menerusi bidang falsafah. Sebabnya adalah, penghujahan falsafah tidak membezakan selaput luar S&T, tetapi membahas intipati S&T. Lalu, kita akan melihat bahawa intipati angka Melayu, Cina, India, Jerman, Arab, dll adalah sama, cuma yang berbeza adalah istilahnya, penggunaannya, kaedahnya, dll. Untuk kes Matematik, makanya perbincangan yang mengikuti aliran falsafah sebegini membenarkan kita untuk berhujah bahawa Falsafah Matematik Barat tidaklah jauh berbeza dengan Falsafah Matematik Timur. Sebab, semua bangsa manusia didunia ini, kalau berbicara tentang Matematik, mereka tidaklah lari jauh daripada logik, angka dan geometri. Yang membezakannya hanyalah sejauh mana tigarangkai pengetahuan asas Matematik tersebut berkembang? Apakah angka Melayu berkembang? Apakah logik/nyaya Hindu-Buddha berkembang? Apakah geometri Konfusius-Tao-Buddha berkembang? Dll. Inilah yang akan kami bahaskan disini, namun sebelum itu, kita lihat dulu apakah bentuk-bentuk Falsafah Matematik di Eropah/Barat.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s