Yang Lain dalam Metaontologi Alain Badiou

Oleh Burhanuddin Baki.
Muat turun fail PDF.

Persoalan tentang Yang Lain adalah antara tema utama dalam falsafah kontinental kontemporari dan isu alteriti telah menjadi bahan kajian teoretikal oleh hampir setiap ahli falsafah Eropah selepas perang dunia kedua. Untuk kebanyakan para filsafat, tema Yang Lain menerima rujukan dan sumber utama dalam pemikiran Emmanuel Levinas, pemikir topik alteriti par excellence. Topik ini juga telah menjadi tumpuan kepada banyak pemikiran dan penyelidikan dalam bidang ilmu kemanusiaan dan sains sosial. Kajian antropologi sejak beberapa dekad yang lalu adalah sebahagian besar bertumpu (samada secara langsung atau tidak langsung) kepada persoalan alteriti. Malahan, boleh dikatakan hampir setiap hasil tulisan dalam bidang ini berobjekkan satu spesies Yang Lain: proletar, subjek subaltern, para petani, pendatang tanpa izin, pengganas, homoseksual, Muslim, Yang Dijajah, penduduk negara dunia ketiga, perempuan, dan sebagainya. Kita juga boleh melihat keutamaan kepada penghormatan Yang Lain dalam kebanyakan teori politik kemerdekaan dan haluan kiri hari ini, contohnya politik demokrasi neoliberal, sosialisme, multikulturisme, komunisme, beberapa pergerakan Islamis, libertarianisme, teologi pembebasan, pascakolonialisme, “Asian Values”, anarkisme, feminisme, dan kebanyakan pergerakan hak asasi kemanusiaan di seluruh dunia.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s