Aplikasi Keresahan Kierkegaard dan Kebebasan Sartre dalam Masyarakat Malaysia

Oleh Ooi Kok Hin.
Muat turun fail PDF.

Abstrak

Konsep keresahan (“anxiety”) yang diutarakan oleh Kierkegaard masih jarang diperkenalkan dan diaplikasikan dalam konteks masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan konsep kebebasan yang dibawakan oleh Sartre. Pemahaman yang cuba dibawa kedua-dua tokoh eksistensialisme ini membincangkan peri-pentingnya keadaan bergelutan dengan keresahan ketika ingin memahami sesuatu fenomena. Bagi Kierkegaard, sesuatu yang terutamanya berkaitan dengan kepercayaan (“faith”). Kebebasan yang dibawa Sartre pula menjelaskan bagaimana dan kenapa seseorang individu mempunyai kecenderungan untuk menafikan dan menidakkan kebebasan dirinya, lalu berhujah bahawa seseorang yang sedar tentang kebebasan dirinya tidak boleh lari dari sifat bertanggungjawab dan memperkasa diri. Kedua-dua konsep ini diaplikasikan dalam konteks masyarakat Malaysia untuk menunjukkan relevansi pemikiran Kierkegaard dan Sartre, serta kegunaan falsafah sebagai sebuah lensa menganalisa dan memahami sesuatu masyarakat atau fenomena.

Apa kegunaan falsafah? Adakah pemikiran tokoh barat relevan, dan boleh diaplikasikan, dalam konteks masyarakat Malaysia? Makalah ini berhasrat menjawab cabaran dan persoalan tersebut dengan menunjukkan bagaimana dua konsep yang dibawa oleh tokoh pemikir eksistensialisme dapat membantu memaham reaksi masyarakat kita dalam hal isu semasa. Terlebih dahulu, kita mula dengan pengenalan tokoh dan konsep tersebut, diikuti oleh aplikasi terhadap kes contoh yang berkaitan masyarakat dan isu semasa tanah air.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s