Kedudukan A’yan Thabitah dalam Penciptaan Alam

Oleh Mohammad Fairus Ramli.
Muat turun fail PDF.

Abstrak

Suatu perbahasan yang tidak pernah lapuk ditelan zaman bahkan hadir bersama fitrah manusia ialah persoalan mengenai kewujudan alam semesta, bagaimana ia tercipta? Di kalangan urafa terkenal suatu istilah yang dinamakan a’yan thabitah, ia mengenai manifestasi hakikat kewujudan Ilahi dan secara tidak langsung menggambarkan perspektif pandangan urafa terhadap kejadian alam semesta. Teori ini lebih menonjol apabila wujud satu perbahasan yang hangat diperdebatkan dalam kalangan ahli teolog muslim iaitu ilmu tuhan mengenai makhluk sebelum diciptakan, persoalan adakah Tuhan mengetahui tentang makhluk sebelum kewujudan mereka atau dalam erti kata yang lain menjustifikasikan ilmu tanpa ma’lum (objek yang diketahui), jika jawapannya benar bagaimana mungkin sesuatu dapat diketahui sebelum kewujudannya dan jika tidak, ia bersalahan dengan sifat kesempurnaan tuhan iaitu maha mengetahui. Sama ada mengingkari ilmu tuhan yang mutlak atau percaya bahawa ilmu tuhan itu terkait pada perkara yang tidak wujud, kedua-dua adalah bathil kerana suatu hal yang tidak masuk akal dan mustahil. Persoalan-persoalan ini dapat dirungkaikan oleh Ibnu Arabi dengan konsep a’yan thabitah (zat-zat kekal).

Perbincangan a’yan thabitah ialah salah satu perbahasan tunggak dan kunci bagi memahami banyak isu-isu yang terdapat dalam perbahasan ilmu irfan nazari (mistisisme teoritikal) di dalam Islam. Konsep ini terkenal dalam kalangan muhaqiqin atau ahli irfan sebagai konsep yang dipelopori oleh Ibnu Arabi malah beliaulah yang meletakkan kata nama ini sebagai satu istilah yang dimaksudkan kerana kata istilah ini tidak terdapat pada ungkapan mana-mana urafa sebelumnya dan ia mula dikenali setelah zamannya. Pun begitu dari sisi maksud istilah a’yan thabitah terdapat teori-teori yang mirip pada makna tersebut seperti teori muthul-Plato-(theory of forms), suwwar murtasimah-Ibnu Sina-, thabit azalimu’tazilah-, atau dalam perbahasan ilmu azali Tuhan mengenai makhluk sebelum tercipta-nya mereka, yang boleh dikaitkan persamaan maksud dengan istilah a’yan thabitah. Dalam tulisan ini, haqir cuba memberi gambaran umum maksud a’yan thabitah dan kedudukannya dalam konsep ciptaan alam semesta. Sebelum itu kita semak terlebih dahulu teori-teori yang dikatakan memiliki persamaan sebelum teori a’yan thabitah ini diperkenalkan.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s