Kritik atas Pencerahan: Komentar Foucault terhadap Kant

Oleh Megat Hanis.
Muat turun fail PDF.

Abstrak

Makalah ini bertujuan merungkai persoalan-persoalan dan kenyataan yang dibangkitkan Foucault dalam esei What Is Enlightenment beliau sebagai ulang tahun 200 tahun persoalan yang sama dipertanyakan oleh majalah Berlinische Monatsschrift pada 1784. Dalam masa yang sama, atmosfera perbincangan tentang wacana subjek dan estetik diri Foucault di akhir hayatnya mempunyai kaitan rapat dengan idea estetik Charles Baudelaire. Implikasinya, kritik Foucault terhadap Pencerahan haruslah mempunyai kaitan yang relevan bagi kritik sosial era ini.

Kant menjawab secara ringkas tentang projek Pencerahan yang ditanggapi sebagai upaya manusia melepaskan diri dari ketidakmatangan, yakni menggunakan kapasiti akal sendiri tanpa telunjuk autoriti. Respons Foucault mempunyai dua tujuan, satu adalah sebagai kesinambungan projek di akhir karier falsafah beliau, yang mula mengalihkan pandangan terhadap persoalan etika dan subjektiviti secara lebih tuntas; kedua ialah sebagai jawapan balas terhadap Jurgen Habermas yang melalui tulisannya bertajuk Der philosophische diskurs der moderne pada tahun 1983, menurut Foucault ialah salah faham terhadap projek falsafah beliau.

Dalam tulisan-tulisan di akhir hayat hidupnya, Michel Foucault menghadapkan projek rasional Pencerahan untuk kritikan semula. Seringkali analisa Foucault bukan mengajak kita untuk melihat sejarah melalui kaca mata “kebenaran saintifik” yang kering, akan tetapi membuka ruang bagi mempersoalkan semula batas-batas kebebasan individu, agar bermanfaat bagi golongan marginal dan tertindas; dan, memanfaatkan “estetik kritikal” terhadap diri sebagai strategi memaknai kewujudan mereka.

Di akhir makalah ini nanti, saya juga akan meneliti dilema-dilema dalam sistem pemikiran Foucault tentang subjek dan autonomi, melalui konsep estetik diri, yang mana dalam percubaan dibina atas tapak moderniti Kantian, menghadapi masalah baru seperti tiada fondasi normatif yang kukuh, masalah konsep kebebasan Pencerahan dan juga kekurangan analisan tentang konsep kebenaran bagi mendokong idea “Parrhessia” Foucault.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s