Kritik Liberalisme terhadap Realisme: Suatu Tinjauan daripada Perspektif Hubungan Antarabangsa

Oleh Ahmad Muziru Idham bin Adnan.
Muat turun fail PDF.

Abstrak

Sistem politik antarabangsa pada hari ini adalah sesuatu yang rumit untuk diramal dan dianalisis. Pemerhatian terhadap perkembangan hubungan politik antarabangsa memperlihatkan penyusunan polisi-polisi luar negara khasnya negara-negara yang mempunyai kuasa veto di PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) adalah dinamik dan bergerak atas kepentingan negara (national interest) masing-masing. Selepas era Perang Dunia Kedua, dunia menyaksikan pergerakan politik dunia yang lebih berpusatkan kepada penyusunan wilayah-wilayah kenegaraan yang dipecah-pecahkan mengikut tanah jajahan kolonial dengan menuruti legasi Westphalian dan membawa kepada pembentukan negara-negara bangsa (nation states) sebagai sebuah proses dekolonisasi (decolonisation). Pensejarahan negara bangsa tidak selesai setakat itu, tetapi pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan pula kebangkitan perang proksi (proxy war) yang membawa kepada pertembungan antara blok Barat (Amerika Syarikat dan pakatannya) dan blok Timur (Kesatuan Soviet dan pakatannya) dalam sebuah era yang dipanggil sebagai Perang Dingin (Cold War). Perang Dingin tersebut berakhir dengan kekalahan Kesatuan Soviet yang membawa kepada pertumbuhan beberapa buah lagi wilayah-wilayah negara bangsa yang baru dalam peta dunia.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s