Nausea: Sartre dan Bicara Kewujudan

Oleh Fauzi Naeim Mohamd.
Muat turun fail PDF.

Abstrak

La Nausée (Inggeris: Nausea; Melayu: Mual, diterbitkan pada 1938) oleh Jean-Paul Sartre (1905-1980) bukanlah sebarang novel biasa, tetapi satu novel falsafah. Dalam kata lain, ia adalah satu penyataan eksistensialisme oleh Sartre. Ia memperihalkan satu gagasan tentang bagaimana manusia wujud; sebagai satu unit kecil dalam masyarakat sosial, namun besar dalam meraikan kegelisahan individu. Sebagai satu karya novel, ia amat unik, puitis lagi mendalam. Sebagai karya seni, ia adalah antara yang terbaik pernah dicapai oleh tamadun manusia. Saya meletakkannya setaraf dengan kesusasteraan hebat Barat lain seperti L’Étranger (The Stranger, 1942) oleh Albert Camus, The Grapes of Wrath (1939) oleh John Steinbeck dan hampir setaraf dengan Prestupleniye i nakazaniye (Crime and Punishment, 1866-1867) oleh Fyodor Dostoevsky, hampir setaraf juga dengan Also sprach Zarathustra: Ein Buch für Alle und Keinen (Thus Spoke Zarathustra: A Book for All and None, 1883-1885) oleh Friedrich Nietzsche. Nausea melonjakkan bukan sahaja nama Jean-Paul Sartre ke pentas budaya dunia, tetapi menaikkan pemikiran eksistensialisme sebagai satu gagasan ilmiah penting di dalam pengajian Kontinental. Sartre, yang juga seorang penulis teater, di dalam satu syarahannya pada 1945, berkata bahawa eksistensialisme ialah, ‘percubaan untuk menarik semua akibat daripada posisi ateisme yang konsisten’.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s