Perbahasan Moralitas dan Keadilan Pengagihan Pemikiran Marx(is)

Oleh Imran Rasid.
Muat turun fail PDF.

Abstrak

Buat para pembaca tegar karya-karya Karl Marx saya yakin tidak sukar untuk anda mengesan nada marah yang meluap-luap ke atas Kapitalisme dalam setiap baris tulisan beliau. Karl Marx menulis dengan nada yang keras, tajam, dan barangkali langsung tidak bertapis. Malahan, setiap kritikan yang ditujukan ke atas Kapitalisme dibalut dengan istilah-istilah moral, seolah-olah sistem tersebut bertanggungjawab atas sebuah kezaliman yang maha dahsyat. Misalnya Marx menggambarkan nasib para Buruh yang dieksploitasikan sebagai kelompok yang hidup dengan keadaan ‘naked, shameless, direct, brutal exploitation’ dan menyifatkan para Borjuis sebagai penindas dan kelas pengeksploit yang sangat zalim. Dalam bahagian-bahagian lain, beliau juga menyifatkan relasi Kapital dengan Buruh seolah- olah seperti seekor Puntianak yang menghisap hasil kerja para buruh.

Istilah-istilah yang berbaur moralitas ini memberi gambaran seolah-olah Marx datang daripada perspektif moral apabila berbicara soal kebobrokan sistem Kapitalisme. Kapitalisme bukan sahaja digambarkan sebuah sistem yang zalim dan anti-tesis kepada nilai-nilai yang baik dan universal, malah tanggungjawab yang digalas oleh para penentang Kapitalisme, juga difahami oleh kebanyakan daripada kita, adalah sebagai sebuah tanggungjawab moral.

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s