Sains Politik Menurut Rousseau dan Peribahasa Melayu

Oleh Mohammad Alinor Abdul Kadir.
Muat turun fail PDF.

Abstrak

Selepas kami membentangkan ceramah yang bertajuk “Anwar Ibrahim dan IIIT” pada 3/8/2016 di AIRI, walaupun kandungannya adalah berkenaan sokongan Anwar Ibrahim semenjak 1982 terhadap program PengIslaman Ilmu tajaan IIIT, namun soalan-soalan yang dipertanyakan kepada kami cenderung kepada apakah yang sepatutnya AIRI majukan, iaitu membangunkan konsep Muslim Demokrat? Kami menjawablah soalan-soalan tersebut mana yang patut. Namun, kami berfikiran bahawa konsep Muslim Demokrat tersebut mestilah dilandaskan kepada persekitaran kehidupan masyarakat di dunia sebelah sini, iaitu Masyarakat Melayu. Lalu, tentunya hal ini tertakluk kepada tema yang lebih luas, iaitu Sains Politik Melayu. Kepada kami, satu-satunya cara yang berkesan (tetapi sukar) untuk membangunkan idea Politik Melayu adalah dengan menganalisis seluruh kepustakaan Sains Politik yang terakam dalam sejarah Tamadun Melayu, semenjak zaman awal, zaman Hindu-Buddha, zaman Islam, zaman penjajahan Eropah, dan zaman Merdeka. Dan ini hanya boleh dilakukan dengan memulai mengeluarkan seluruh maklumat yang boleh membantu perkara ini dilakukan, iaitu mengeluarkan maklumat-maklumat keilmuan Tamadun Melayu yang terbenam dalam ratusan prasasti Melayu, ribuan manuskrip Melayu, ribuan sastera lisan Melayu dan tak terkiranya artifak Melayu. Matlamatnya adalah untuk mengumpulkan apakah yang sepatutnya boleh digolongkan sebagai Sains Politik Melayu. Pengumpulan ini penting untuk menjamin kemudiannya proses seterusnya berjalan dengan agak baik, iaitu pentelaahan maklumat-maklumat tersebut berbanding kemajuan yang dicapai dalam Sains Politik dalam Tamadun Eropah/Barat. Maksudnya, bukanlah sambil mentelaah itu kita membanding-bandingkan maklumat yang ditelaah dengan maklumat-maklumat setara dalam Tamadun Eropah/Barat, itu tak akan membawa kepada apa-apa kemajuan. Maksudnya adalah, kita mentelaah Maklumat Sains Politik Melayu berdasarkan telaah terhadap konsep-konsep Sains Politik Eropah/Barat. Harapannya adalah, konsep-konsep Sains Politik Eropah/Barat tersebut akan juga kita temui juzuknya dalam Maklumat Sains Politik Melayu. Bukanlah bermaksud konsep Eropah/Barat itu wujud dalam Tamadun Melayu, tetapi bermaksud konsep yang setara wujud dalam Tamadun Melayu. Konsep-konsep seperti keadilan, kesamarataan, demokrasi, pengagihan kuasa, penyebaran maklumat pemerintahan, dll. Kalau ini ditemui, kita sebenarnya menemui konsep-konsep Sains Politik Melayu yang sepatutnya kita boleh majukan berdasarkan bagaimana Eropah/Barat memajukannya, dan ini mungkin bermaksud membawakan pembangunan Eropah/Barat kepada Masyarakat Melayu, yang berkemungkinannya tidak serasi. Jadi, yang sepatutnya dilakukan adalah membangunkan konsep-konsep Sains Politik Melayu tersebut berdasarkan suasana masyarakat tempatan di sini. Kami mulai dengan apakah yang sebenarnya berlaku di Eropah/Barat?

Baca selanjutnya:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s